Pengharaman penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan di Selangor 1Malaysia

Pada 22 Disember 2011, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu telah mengumumkan pengharaman logo 1 Malaysia di papan-papan iklan yang berada di negeri Selangor, kerana mendakwa konsep 1Malaysia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang melarang mempamerkan iklan yang berbaur politik.[18] Namun begitu, larangan penggunaan logo 1Malaysia itu telah ditarik balik semula oleh Kerajaan Negeri Selangor, kerana dasar larangan tersebut telah mengenepikan nilai demokrasi yang sepatutnya diamalkan di negeri Selangor.[19]